sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)


Wednesday, January 4, 2017

Kesinambungan ilmu daripada blog http://qulamirulhakim.blogspot.my/2016/10/talaqqi-kaedah-sebenar-dalam-menuntut.html
TALAQQI: KAEDAH SEBENAR DALAM MENUNTUT ILMU AGAMA
✨Sesungguhnya sebaik-baik perkara yang masa dihabiskan untuknya ialah mempelajari ilmu yang bermanfaat dan gigih menyebarkan ilmu di kalangan golongan dewasa dan kanak-kanak.
✨Telahpun diketahui jalan ilmu yang para ulama besar kita dan para ulama ikutan dalam Islam telah tempuhi ketika proses pengajaran dan pembelajaran ilmu adalah dengan cara talaqqi iaitu seorang penuntut akan mengambil ilmu yang berupa riwayat, huraian dan pemahaman secara mendengar daripada mulut orang alim yang juga telah mendengar daripada orang alim yang sebelumnya dengan sanad yang bersambung kepada Rasulullah sollallahu ^alaihi wa sallam.
๐Ÿ”นInilah cara yang telah pun ditempuhi oleh para ulama salaf dan khalaf ketika talaqqi ilmu seperti imam kita al-Syafi^I radiyallahu ^anhu telah talaqqi ilmu daripada Muslim ibn Khalid, Malik ibn Anas, murid-murid Abu Hanifah dan selain mereka.
✨Sesungguhnya cara ini mempunyai dalil daripada al-Quran dan sunnah Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam. Allah ta^ala telah berfirman: ุนَู„َّู…َู‡ُ ุดَุฏِูŠุฏُ ุงู„ْู‚ُูˆَู‰ Mafhumnya: “Dia (Muhammad) telah diajar oleh Jibril” [Surah al-Najm, ayat 5]
✨Nabi Muhammad makhluk Allah yang paling utama ini telah pun talaqqi al-Quran daripada Jibril ^alaihis-salam, seterusnya para sahabat baginda talaqqi al-Quran daripada baginda dan selanjutnya orang yang selepas sahabat pula talaqqi al-Quran daripada para sahabat sehingga bersambungan kepada kita.
✨Sesungguhnya Rasulullah sollallahu ^alaihi wa sallam telah bersabda: ุฅู†ู…ุง ุงู„ุนู„ู… ุจุงู„ุชุนู„ู… ูˆุงู„ูู‚ู‡ ุจุงู„ุชูู‚ู‡ Mafhumnya: “Hanyasanya ilmu dengan talaqqi dan kefahaman itu dengan mendalami ilmu” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari].
✨Oleh itu, ilmu tidak ada tanpa belajar daripada seorang guru, bahkan semestinya seseorang yang menuntut ilmu itu mempelajari dengan mengambilnya daripada ahli ilmu dan tidak memadai dengan membaca buku-buku.
✨Al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab al-Adabul-Mufrad tentang kisah perjalanan Jabir ibn Abdillah al-Ansori radiyallahu ^anhu selepas kewafatan Rasulullah sollallahu ^alaihi wa sallam dari al-Madinah al-Munawwarah ke Mesir selama sebulan untuk mendatang satu hadis daripada Abdullah ibn Unais yang telah mendengar hadis itu daripada Rasulullah dan Jabir belum pernah mendengarnya. Ini adalah hanya kerana sifat haloba beliau untuk talaqqi ilmu daripada mulut-mulut para ulama. ✨Sesungguhnya al-Imam al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan sebilangan pendapat daripada para ulama yang terbilang menunjukkan manhaj keilmuan yang mereka ikut dalam talaqqi ilmu dan beliau merangkan bahawa barangsiapa yang mengambil al-Quran daripada mushaf tanpa talaqqi maka dia digelar mushafi dan tidak digelar sebagai seorang qari, dan barangsiapa mengambil ilmu daripada kitab-kitab maka dia digelar sohafi dan tidak digelar sebagai seorang alim. Al-Khatib al-Baghdadi telah meriwayatkan daripada al-Imam al-Tabi^I al-Jalil Muhamad ibn Sirin radiyallahu ^anhu bahawa dia berkata: ู„ุง ูŠุคุฎุฐ ุงู„ุนู„ู… ุฅู„ุง ู…ู† ุฃููˆุงู‡ ุงู„ุนู„ู…ุงุก Maksudnya: “Ilmu tidak diambil melainkan daripada mulut-mulut para ulama”.
✨Muslim meriwayatkan dalam muqaddimah kitab Sohih Muslim daripada Muhammad ibn Sirin bahawa dia berkata: ุฅู† ู‡ุฐุง ุงู„ุนู„ู… ุฏูŠู† ูุงู†ุธุฑูˆุง ุนู…ู† ุชุฃุฎุฐูˆู† ุฏูŠู†ูƒู… Maksudnya: “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka kamu lihatlah daripada siapakah kamu mengambil agama kamu”.
✨Sesungguhnya para ulama sangat haloba untuk mendengar ilmu sehingga sebahagian mereka mempunyai seratus guru dan sebahagian mereka mempunyai lebih ramai lagi guru. Al-Hafiz Abu Sa^id al-^Ala’i Khalil ibn Kaikaladi – beliau adalah guru kepada al-hafiz Zainud-Din al-^Iraqi – talaqqi hadis daripada tujuh ratus ulama secara mendengar lansung daripada mereka.
๐Ÿ”นAntara faedah besar talaqqi ilmu daripada mulut para ulama ialah: 1⃣ Dapat menjauh dari terjebak dalam kefahaman yang salah natijah daripada berpada dengan semata-mata mentelaah tanpa talaqqi.
2⃣ Dapat mengambil ilmu secara isnad ilmu yang dipercayai yang menjaga penuntut ilmu dari berpegang dengan riwayat-riwayat yang batil, mauduk dan pemikiran-pemikiran yang menyalahi manhaj Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah.
3⃣ Selamat dari pemalsuan dan penyelewengan yang banyak berlaku dalam kitab-kitab khususnya cetakan-cetakan yang berasaskan perniagaan yang tidak menitikberatkan ketetapan ilmiah.
4⃣ Memperoleh keberkatan dengan sebab hadir dalam majlis ilmu para ulama dan fuqaha’ dan dengan sebab hubungan rapat dengan mereka.
๐ŸŒธPenyair ada berkata: ู…ู† ูŠุฃุฎุฐ ุงู„ุนู„ู… ุนู† ุดูŠุฎ ู…ุดุงูู‡ุฉً *** ูŠูƒู† ู…ู† ุงู„ุฒูŠู ูˆุงู„ุชุตุญูŠู ููŠ ุญุฑู…ِ ูˆู…ู† ูŠูƒู† ุขุฎุฐุงً ู„ู„ุนู„ู… ู…ู† ุตุญู *** ูุนู„ู…ู‡ ุนู†ุฏ ุฃู‡ู„ ุงู„ุนู„ู… ูƒุงู„ุนุฏู… Maksudnya: “Barangsiapa mengambil ilmu daripada seseorang guru secara musyafahah, maka dia terpelihara dari penyelewengan dan pemalsuan. Dan barangsiapa selalu mengambil ilmu dari helaian kertas, maka ilmunya di sisi ahli ilmu adalah seperti tiada”.
(16/14) Dicatat oleh Muhammad Qul Amirul Hakim di 8:37 PG