sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)


Sunday, August 21, 2011

Rahsia Ilmu Allah ! Cara mudah mencari juzuk dalam Quran

Sinambungan dari blog: http://pakarhowto.com/cara-bagaimana/cara-mudah-mencari-juzuk-dalam-quran.html

Pernahkah anda mengalami kesukaran mencari muka surat sesuatu juzuk dalam al-Quran? Tahukah anda ada formula mudah yang boleh anda gunakan untuk mencari juzuk-juzuk di dalam al-Quran.
Nak tahu formula mudah tersebut? Teruskan bacaan anda…..

Tip yang ingin dikongsikan kali ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama-sama kita belajar…
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 berada di muka surat berapa? Begini caranya ;
Juzuk 5 ditolak dengan 1 (5 - 1 = 4)
4 perlu didarab dengan 2 (4 x 2 = 8)
Kemudian letakkan no 2 selepas jawapan tadi (iaitu menjadi 82)
Jadi, juzuk 5 adalah berada pada muka surat 82. Sekarang cuba lihat dalam Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada muka surat yang ke-82. Mudah dan menarik kan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 berada dalam muka surat yang ke berapa? Begini caranya (seperti diatas) ;
Juzuk 10 ditolak dengan 1 (10 - 1 = 9)
9 perlu didarab dengan 2 (jadi 9 x 2 = 18)
Kemudian letakkan no 2 selepas jawapan (menjadi 182)
Jadi, permulaan juzuk 10 adalah terletak pada muka surat 182.
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa? Kiraan sama seperti di atas ;
Juzuk 23 - 1 = 22
22 perlu didarab dengan 2 (jadi 22 x 2 = 44)
Kemudian letakkan no 2 selepas jawapan (442)
Jadi, permulaan juzuk 23 adalah berada pada halaman 442.
Subhanallah, memang menakjubkan. Cubalah kalau tak percaya….!

Sedikit Tazkirah
Al-Quran adalah KALAM ALLAH. Al-Quran adalah salah satu mukjizat Rasulullah yang paling utama. Al-Quran adalah pusaka peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya.
Ada 2 pusaka yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu lah ;
AL-QURAN
SUNNAH
Al-Quran dan Sunnah adalah untuk kita amalkan. Sekarang mari kita muhasabah diri sedikit. Mari tanya diri kita…
Berapa kali kita membaca Al-Quran dalam sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja?
Tahukah anda, pahala paling senang untuk kita dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana Nabi SAW pernah bersabda mengatakan setiap huruf daripada al-Quran yang kita bacakan akan dikurniakan 10 pahala.
Jadi, apa tunggu lagi. Marilah kita perbanyakkan bacaan al-Quran terutamanya dalam bulan Ramadhan yang penuh barokah ini.
Kepada yang tak pandai membaca Quran, jangan berputus asa untuk terus belajar. Dalam masa belajar ni, cuba hafal surah al-ikhlas (Qulhuwallahu ahad…). Bacalah surah al-ikhlas sebanyak mungkin. Ada riwayat mengatakan bahawa, kalau kita baca 3 kali surah al-ikhlas, pahalanya menyamai seperti kita membaca seluruh al-Quran. Jadi, tiada alasan lagi untuk kita tidak memperbanyakkan bacaan al-Quran.
Kepada para pembaca yang sudah kehilangan ibu atau bapa (atau kedua-duanya, seperti saya), rajin-rajinkanlah untuk sedekah bacaan surah al-faatihah dan al-ikhlas kepada arwah ibu dan ayah kita. Semoga pahala bacaan Quran yang kita lakukan akan ’sampai’ sebagai hadiah untuk mereka di sana… insyaAllah aamiiinn.

Sekian, semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.
Saya menyeru kepada anda semua, sama-samalah kita kongsikan info menarik ini dengan adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, ahli-ahli keluarga, adik-beradik, saudara mara dan kawan-kawan kita supaya kita sama-sama mendapat pahala kerana menyebarkan ilmu yang bermanfaat ini, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment