sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)


Tuesday, February 12, 2019

Catatan dari blog Karya Ulama beberapa catatan untuk diri dan dikongsi bersama boleh didapati pada
web http://abusyahmin.blogspot.com
Kitab Sirajul Huda (سراج الهدى) Pada Menyatakan `Aqidah Ahl al-Taqwa merupakan sebuah kitab Melayu (Jawi) dalam bidang akidah (tauhid) yang masih lagi berlegar di pasaran kitab dan menjadi teks pengajian akidah di masjid atau surau. Kitab ini telah dikarang oleh seorang ulama asal dari Sumbawa yang bernama Syaikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi al-Sumbawi.
Judul asal kitab ini sebagaimana yang disebutkan sendiri oleh Syaikh Mummmad Zainuddin al-Sumbawi di akhir kitab adalah Sirajul Huda ila Bayan ‘Aqa-idi al-Taqwa (سراج الهدى إلى بيان عقائد التقوى), yang diterjemahkan oleh beliau sebagai “ Pelita Petunjuk Kepada Menyatakan Segala Simpulan Segala Ahli Takwa ”. Kitab ini ditulis di kota Makkah, namun tidak dinyatakan tarikh bila ia diselesaikan.
Kitab ini adalah huraian (syarah) bagi kitab Umm al-Barahin, karya Imam Muhammad bin Yusuf bin `Umar bin Syu’aib al-Sanusi al-Maliki al-Hasani al-Tilimsani (832-895H) dalam bahasa Melayu. Kata al-Syaikh Muhammad al-Sumbawi dalam muqaddimah kitab ini:
“ Dan kemudian daripada itu maka sungguhnya telah meminta akan hamba oleh setengah daripada orang yang tiada meluaskan akan hamba oleh menyalahi akan dia bahawa hamba surat akan risalah yang yang indah dengan bahasa Jawi hal keadaannya menjadi Syarah atas matan Umm al-Barahin ”.
Berikut dipetik tulisan al-Marhum Tuan Haji Mohd Shaghir Abdullah mengenai kitab Sirajul Huda ini;
“Kandungan karya Syeikh Muhammad Zainuddin Sumbawa yang nombor 1, iaitu Sirajul Huda, membicarakan tauhid atau akidah Ahli Sunah wal Jamaah, perbicaraannya biasa sahaja, sebagaimana kitab-kitab tauhid dalam bahasa Melayu yang lain-lainnya.
Sungguhpun begitu, ada dua hal yang menarik untuk dipetik, iaitu pertama terdapat dua tempat bahasa yang bercorak puisi dan yang kedua, kupasannya yang panjang mengenai satu istilah yang terdapat dalam usuluddin. Salah satu daripadanya tentang mukjizat Nabi Muhammad s.a.w menghidupkan ayah dan ibunya, terdiri enam bait, empat bait bahagian akhir sebagai contoh ialah:
Maka dihidupkan ayah dan bondanya Supaya dengan dia percaya keduanya Maka terima olehmu jangan ingkarnya Kerana yang demikian itu kuasanya Telah datang hadis dalil atasnya Riwayat orang pendita rijalnya Barang siapa berkata dengan daifnya Maka ialah daif, tidak hakikatnya.”
Daripada contoh di atas, dapat dipastikan bahawa Syeikh Muhammad Zainuddin Sumbawa adalah termasuk ulama ahli penyair dunia Melayu".
Terdapat berbagai-bagai edisi cetakan dan sampai sekarang masih beredar di pasaran kitab. Kitab ini dianggap antara kitab bidang tauhid yang paling banyak dijadikan teks pengajian di masjid atau surau. Kitab ini boleh dimuat turun di pautan سراج الهدى atau terus di pautan سراج الهدى. 

Semoga bermanfaat..... 

..cari ilmu...lagi dan lagi....

Wednesday, January 4, 2017

Kesinambungan ilmu daripada blog http://qulamirulhakim.blogspot.my/2016/10/talaqqi-kaedah-sebenar-dalam-menuntut.html
TALAQQI: KAEDAH SEBENAR DALAM MENUNTUT ILMU AGAMA
✨Sesungguhnya sebaik-baik perkara yang masa dihabiskan untuknya ialah mempelajari ilmu yang bermanfaat dan gigih menyebarkan ilmu di kalangan golongan dewasa dan kanak-kanak.
✨Telahpun diketahui jalan ilmu yang para ulama besar kita dan para ulama ikutan dalam Islam telah tempuhi ketika proses pengajaran dan pembelajaran ilmu adalah dengan cara talaqqi iaitu seorang penuntut akan mengambil ilmu yang berupa riwayat, huraian dan pemahaman secara mendengar daripada mulut orang alim yang juga telah mendengar daripada orang alim yang sebelumnya dengan sanad yang bersambung kepada Rasulullah sollallahu ^alaihi wa sallam.
🔹Inilah cara yang telah pun ditempuhi oleh para ulama salaf dan khalaf ketika talaqqi ilmu seperti imam kita al-Syafi^I radiyallahu ^anhu telah talaqqi ilmu daripada Muslim ibn Khalid, Malik ibn Anas, murid-murid Abu Hanifah dan selain mereka.
✨Sesungguhnya cara ini mempunyai dalil daripada al-Quran dan sunnah Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam. Allah ta^ala telah berfirman: عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى Mafhumnya: “Dia (Muhammad) telah diajar oleh Jibril” [Surah al-Najm, ayat 5]
✨Nabi Muhammad makhluk Allah yang paling utama ini telah pun talaqqi al-Quran daripada Jibril ^alaihis-salam, seterusnya para sahabat baginda talaqqi al-Quran daripada baginda dan selanjutnya orang yang selepas sahabat pula talaqqi al-Quran daripada para sahabat sehingga bersambungan kepada kita.
✨Sesungguhnya Rasulullah sollallahu ^alaihi wa sallam telah bersabda: إنما العلم بالتعلم والفقه بالتفقه Mafhumnya: “Hanyasanya ilmu dengan talaqqi dan kefahaman itu dengan mendalami ilmu” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari].
✨Oleh itu, ilmu tidak ada tanpa belajar daripada seorang guru, bahkan semestinya seseorang yang menuntut ilmu itu mempelajari dengan mengambilnya daripada ahli ilmu dan tidak memadai dengan membaca buku-buku.
✨Al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab al-Adabul-Mufrad tentang kisah perjalanan Jabir ibn Abdillah al-Ansori radiyallahu ^anhu selepas kewafatan Rasulullah sollallahu ^alaihi wa sallam dari al-Madinah al-Munawwarah ke Mesir selama sebulan untuk mendatang satu hadis daripada Abdullah ibn Unais yang telah mendengar hadis itu daripada Rasulullah dan Jabir belum pernah mendengarnya. Ini adalah hanya kerana sifat haloba beliau untuk talaqqi ilmu daripada mulut-mulut para ulama. ✨Sesungguhnya al-Imam al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan sebilangan pendapat daripada para ulama yang terbilang menunjukkan manhaj keilmuan yang mereka ikut dalam talaqqi ilmu dan beliau merangkan bahawa barangsiapa yang mengambil al-Quran daripada mushaf tanpa talaqqi maka dia digelar mushafi dan tidak digelar sebagai seorang qari, dan barangsiapa mengambil ilmu daripada kitab-kitab maka dia digelar sohafi dan tidak digelar sebagai seorang alim. Al-Khatib al-Baghdadi telah meriwayatkan daripada al-Imam al-Tabi^I al-Jalil Muhamad ibn Sirin radiyallahu ^anhu bahawa dia berkata: لا يؤخذ العلم إلا من أفواه العلماء Maksudnya: “Ilmu tidak diambil melainkan daripada mulut-mulut para ulama”.
✨Muslim meriwayatkan dalam muqaddimah kitab Sohih Muslim daripada Muhammad ibn Sirin bahawa dia berkata: إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم Maksudnya: “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka kamu lihatlah daripada siapakah kamu mengambil agama kamu”.
✨Sesungguhnya para ulama sangat haloba untuk mendengar ilmu sehingga sebahagian mereka mempunyai seratus guru dan sebahagian mereka mempunyai lebih ramai lagi guru. Al-Hafiz Abu Sa^id al-^Ala’i Khalil ibn Kaikaladi – beliau adalah guru kepada al-hafiz Zainud-Din al-^Iraqi – talaqqi hadis daripada tujuh ratus ulama secara mendengar lansung daripada mereka.
🔹Antara faedah besar talaqqi ilmu daripada mulut para ulama ialah: 1⃣ Dapat menjauh dari terjebak dalam kefahaman yang salah natijah daripada berpada dengan semata-mata mentelaah tanpa talaqqi.
2⃣ Dapat mengambil ilmu secara isnad ilmu yang dipercayai yang menjaga penuntut ilmu dari berpegang dengan riwayat-riwayat yang batil, mauduk dan pemikiran-pemikiran yang menyalahi manhaj Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah.
3⃣ Selamat dari pemalsuan dan penyelewengan yang banyak berlaku dalam kitab-kitab khususnya cetakan-cetakan yang berasaskan perniagaan yang tidak menitikberatkan ketetapan ilmiah.
4⃣ Memperoleh keberkatan dengan sebab hadir dalam majlis ilmu para ulama dan fuqaha’ dan dengan sebab hubungan rapat dengan mereka.
🌸Penyair ada berkata: من يأخذ العلم عن شيخ مشافهةً *** يكن من الزيف والتصحيف في حرمِ ومن يكن آخذاً للعلم من صحف *** فعلمه عند أهل العلم كالعدم Maksudnya: “Barangsiapa mengambil ilmu daripada seseorang guru secara musyafahah, maka dia terpelihara dari penyelewengan dan pemalsuan. Dan barangsiapa selalu mengambil ilmu dari helaian kertas, maka ilmunya di sisi ahli ilmu adalah seperti tiada”.
(16/14) Dicatat oleh Muhammad Qul Amirul Hakim di 8:37 PG

Tuesday, February 2, 2016

Catatan Tuan Guru Hj Kasim Al Mahsyari (Pewaris @ Pengasas Jemaah Pengajian dan Perguruan AlMahsyari)

catatan 1 : 31/01/2016 18:21
dari hadis....
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik, beliau bersabda, "Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian Ustaz
.....kasihkan saudara sesama islam bukan mudah...lebih-lebih yang tidak dikenali....lagi...yang tidak serasi... lagi...yang suka menyusahkan kita. Siapa yang "mudah dapat" yang ini? .... ? ........?? AHLUL MA'ARIFATULLAH.... (yang benar -benar mengenal Allah) sebenarnya.... yang mampu amal ialah yang PALING BERSIH HATI.... bermakna "bersih dari syirik" & bersih dari mazmuumah. Tanda "hilang rasa kasih"... ada dendam, marah x berkesudahan..... putus silaturrahim. Paling mudah......ada rasa resah dijiwa, jiwa tak tenang....walaupun....tiada masalah.

Saturday, October 29, 2011

Syed Roslan Jaafar: BACALAH DENGAN HATI...

Ya ALLAH ... Jagalah Hati HambaMu ini....
Syed Roslan Jaafar: BACALAH DENGAN HATI...: Saya sering mengingatkan diri, usaha kita mengingatkan orang lain adalah juga usaha kita untuk memperbaiki diri sendiri. Dijauhkan Allah da...

Thursday, October 6, 2011

Sifat 20 & Kalimah Nafi Isbat : Pengenalan Ringkas Fardhu Ain: Peraturan Membaca Agar Lebih Mudah Faham

ANTARA TAJUK ISI KANDUNGAN :____(BAB-1) Mengenal DIRI @ Mengenal HAKIKAT INSAN.____(BAB-2) Mengenal Allah Dengan Sifat 20,____(BAB-3) Makna Hukum Adat, Hukum Akal dan Hukum Syara’, ____(BAB-4) Makna Esa dan Makna Mengesakan Allah, ____(BAB-5) Makna Urusan (Pekerjaan) Allah, Islam dan Kafir,____(BAB-6) Maksud Kalimah NAFI dan ISBAT, ____(BAB-7)Dosa Syirik Dari Perbuatan Hati.

SELENGKAPNYA .... disini...
Sifat 20 & Kalimah Nafi Isbat : Pengenalan Ringkas Fardhu Ain: Peraturan Membaca Agar Lebih Mudah Faham:  (((( Saya mengajak saudara/i ber“facebook” sambil BERDAKWAH menyampaikan kalimah TAUHID @ kalimah NAFI & ISBAT.  Dapat kiranya blog http://www.siapaallah.blogspot.com ini diuar-uarkan sebagai IBADAH untuk bekalan di alam BARZAH.))))

Monday, September 19, 2011

SURAH AL-QURAN & DOA PILIHAN: SURAH AL-KAHFI

Untuk amalan bersama ..... sila rujuk laman berikut ..

SURAH AL-QURAN & DOA PILIHAN: SURAH AL-KAHFI: KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya. M...


Sila rujuk juga disini untuk mengetahui Rahsi-rahsia tertentu.

Thursday, September 15, 2011

Kepentingan SYARIAT DAN HAKIKAT


Tertib untuk mengamalkan ajaran Islam bolehlah disusun begini:

1. Syariat
2. Tareqat
3. Hakikat
4. Makrifat

Ertinya kita mulakan dengan bersyariat, kemudian bertareqat, seterusnya berhakikat dan akhirnya bermakrifat. Semuanya saling berhubungan. Hubungan antara satu dengan yang lain seolah-olah anak tangga pertama dengan berikutnya, hinggalah selesai di anak tangga tertinggi sekali. Maksudnya, mula-mula kita memahami syariat iaitu peraturan-Nya, yakni mengetahui hukum-hakam. Mana yang halal, mana yang haram, yang sunat, makruh dan mubah. Juga sah dan batal sama ada mengenai sembahyang, puasa, jihad, dakwah, ekonomi, pendidikan dan lain-lain lagi. Kemudian apabila kita mengamalkannya bersungguh-sungguh dan istiqamah, ertinya kita telah menempuh jalan-Nya iaitu yang dikatakan tareqat. Yakni mengamalkan apa yang diperintahkan dan meninggalkan yang dilarang secara serius.


Pautan sebenar disini Kepentingan SYARIAT DAN HAKIKAT

Dinul Islam itu adalah satu ajaran yang mencakup seluruh ruang hidup manusia lahir, batin, dunia dan Akhirat.